Saturday 11 October 2014

Muhasabah Diri

Assalamualaikum..
ni nak share sikit daripada seorang kenalan yang dikenali melalui laman sosial Wechat.. dia bukan sape sape cuma setiap apa yang dia update memang memberi kesan dalam pembacaan saya =')selamat bermuhasabah diri <3

Bismillah..
Sudah lumrah manusia itu tertarik dengan wanita.
Sama ada wanita itu datang sebagai ujian.
Atau wanita itu datang sebagai pelengkap hidup ( penyempurnaan Agama dalam diri seseorang lelaki).
...............................................................
Bukan pelik hidup persendirian (zahir).
Kerana sedari kau di alam rahim kau bersendiri.
Tidak kenal erti kasihnya seorang wanita.
Sehingga kucupan pertama oleh ibumu.
Itulah kasih seorang wanita.
Tapi, umpama kacang lupakan kulit.
Lebihkan kekasih dari ibu yang melahirkan.
Berfikirlah dengan waras.
Lihat dengan akal dan iman yang benar.
Kasih siapa dahulu.
Bagaimana kasih itu harus kau tuju.
Kasih kekasih (COUPLE).
Atau kasih berkasih seorang isteri =')
...............................................................
Jika sayang, bukan di heret ke lembah neraka.
Kerana sayang yang hakiki itu memimpin ke syurga.
Mungkin jahil tapi bukan bodoh.
Kerana orang bodoh lebih baik daripada orang buat buat bodoh.
Kamu tahu cinta nafsu itu dengan melayan nafsumu.
Dan cinta suci itu menuju ketaatan pada Ilahi (Nikahlah).
...............................................................
Hidup seperti biasa.
Anggap wanita di sekeliling itu,
Bunga ros yang indah,
Yang tidak boleh di petik sebarang,
Kerana durinya merbahaya,
Yang salah petik tujunya neraka,
Petik di saat dan masa yang sesuai tujunya syurga In Shaa Allah.
Couple vs Nikah.
...............................................................
Cukup dengan kebodohan itu,
Cukup dengan kebodohan ini.
Jadilah hamba yang bertaqwa.
...............................................................
Sampai masa,
Bunga itu menghiasi segenap pelosok hidup,
Harumnya semerbak di pimpin ke syurga.
Bila tiba masanya~
[S'Rull S'Mann +GMT 03:12PM]
Mengayuh sampan kembali kepada rutin.
Kembali ke pangkal jalan.
Sampai masa kita ambil penumpang itu. =)


dipetik dan diubahsuai.

11.10.2014 5:52PM Kolej Sri Pinang 2.

No comments:

Post a Comment