Saturday 11 October 2014

Muhasabah Diri

Assalamualaikum..
ni nak share sikit daripada seorang kenalan yang dikenali melalui laman sosial Wechat.. dia bukan sape sape cuma setiap apa yang dia update memang memberi kesan dalam pembacaan saya =')selamat bermuhasabah diri <3

Bismillah..
Sudah lumrah manusia itu tertarik dengan wanita.
Sama ada wanita itu datang sebagai ujian.
Atau wanita itu datang sebagai pelengkap hidup ( penyempurnaan Agama dalam diri seseorang lelaki).
...............................................................
Bukan pelik hidup persendirian (zahir).
Kerana sedari kau di alam rahim kau bersendiri.
Tidak kenal erti kasihnya seorang wanita.
Sehingga kucupan pertama oleh ibumu.
Itulah kasih seorang wanita.
Tapi, umpama kacang lupakan kulit.
Lebihkan kekasih dari ibu yang melahirkan.
Berfikirlah dengan waras.
Lihat dengan akal dan iman yang benar.
Kasih siapa dahulu.
Bagaimana kasih itu harus kau tuju.
Kasih kekasih (COUPLE).
Atau kasih berkasih seorang isteri =')
...............................................................
Jika sayang, bukan di heret ke lembah neraka.
Kerana sayang yang hakiki itu memimpin ke syurga.
Mungkin jahil tapi bukan bodoh.
Kerana orang bodoh lebih baik daripada orang buat buat bodoh.
Kamu tahu cinta nafsu itu dengan melayan nafsumu.
Dan cinta suci itu menuju ketaatan pada Ilahi (Nikahlah).
...............................................................
Hidup seperti biasa.
Anggap wanita di sekeliling itu,
Bunga ros yang indah,
Yang tidak boleh di petik sebarang,
Kerana durinya merbahaya,
Yang salah petik tujunya neraka,
Petik di saat dan masa yang sesuai tujunya syurga In Shaa Allah.
Couple vs Nikah.
...............................................................
Cukup dengan kebodohan itu,
Cukup dengan kebodohan ini.
Jadilah hamba yang bertaqwa.
...............................................................
Sampai masa,
Bunga itu menghiasi segenap pelosok hidup,
Harumnya semerbak di pimpin ke syurga.
Bila tiba masanya~
[S'Rull S'Mann +GMT 03:12PM]
Mengayuh sampan kembali kepada rutin.
Kembali ke pangkal jalan.
Sampai masa kita ambil penumpang itu. =)


dipetik dan diubahsuai.

11.10.2014 5:52PM Kolej Sri Pinang 2.

istikharah hati =')




bismillahirrahmannirrahim..
saat ketika hati ini tak mampu lagi memilih, saat ketika jiwa ini selalu merintih, harus apa yang bisa aku lakukan? pabila diri sudah tidak punya daya untuk fikirkan, saat inilah harus aku ikhtiarkan sebuah pilihan, yang terbaik buat diriku dan juga kehidupanku...

Ya Allah, tunjukkanlah jalan, aku mohon...
dalam sujud solat istikharah ini..
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa..
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib..
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya.. dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya..
Amin Yarabbal alamin.. 

11.10.2014 5:16pm Kolej Sri Pinang 2

Friday 10 October 2014

campus life - uitm di♡ku シシ

diploma in office management and technology .
meskipun ni bukan course yang aku pilih , namun ni la haluan yang telah ditetapkan untuk aku . syukur . sebab aku tau , ape yang kita nak , tak semua kita dapat . sometimes , the things that you hate the most are the best for you シシ i've been here for a month ++ . so far , aku takde masalah dengan subject o what so ever . siapa sangka , aku ni yang tak suka maths dari sekolah rendah lagi , sekarang aku terpaksa belajar berkawan dengan subject tu coz i'm taking business maths for this semester -.-" mesti cikgu maths aku dulu ketawakan aku . hahaha . ye laa . dulu bila cikgu maths masuk dok sebok main n tido segala . n now , rasakan . hahaha . tu subject punya cerita . now , kolej . 
first2 kena dok kolej memang rasa lain sikit sebab tak pernah lagi tinggal berjauhan dgn family ( jauh la sgt . rumah dekat jerr ) tapi memang tak ada experience dok kat hostel @ asrama . masuk je memang kekok habis . dah lama2 tu biasa laa . kadang2 terasa jugak bila takde family disisi . dulu2 bole je tengok muka mak ayah hari hari . tido sama2 . makan sama2 . gadoh sama2 . sekarang ? takde dah . kadang2 rindu sangat2 kat mak ayah . nangis2 nak balik rumah . mula2 masuk kolej , hari2 mak ayah call . tanya "oke tak tinggal kat kolej" sekarang , hujung minggu je call tanya "balik rumah tak minggu ni " hahaha . ramadhan . first time puasa tanpa family d sisi . nak nangis ='/ tapi takpe la . kadang2 tu aku balik jugak n iftar sama2 dengan family . pasal senior pulak . i mean , my role model in uitm samarahan . tak payah la aku nak mention nama dia kat sini . kang tak pasal2 popular jugak dia nanti . haha . ni bukan crush eh . he's my role model . why ? sebab perkataan first yang aku dengar dari mulut dia masa pendaftaran ialah , "kalau kita nakkan sesuatu , kita kena berkorban." sampai sekarang n in shaa Allah sampai bila bila aku akan pegang kata2 dia tu . setiap kali kalau aku buat sesuatu n aku rasa ia menyusahkan aku , aku teringat balik kata kata ajaib dia tu . secara automatik , aku kembali bersemangat . perhhh . memang ade aura tersendiri . n that's why i admired him so much ♡♡ hahaha . dah2 . cukup dh cerita pasal dia . now , semua org tengah sebok dengan persiapan raya kan ? baju raya caler ape tahun ni ? in shaa Allah , tahun ni family lengkap sebab angah yang dok kat terengganu tu akan balik dengan husband dia . so , have a safe flight . amin . cukup la kut setakat ni dulu . ready nak sahur jap . selamat bersahur yaa n salam subuh シシ jaga iman jaga solat jaga hati jaga segala galanya . doa untuk #MH17 #GAZAPALESTIN #MH370 #SABAH #ISLAM . ASSALAMU'ALAIKUM シシ
19 JULY 2014 04:02 KOLEJ KEDIAMAN SERI PINANG 2 

Thursday 10 April 2014

renungan bersama ='/

NANGIS BACA INI ::
Aku mempunyai pasangan hidup... 
Saat senang aku cari pasanganku ..
Saat sedih aku cari ibu 
Saat sukses  aku ceritakan .. pada pasanganku ..
Saat gagal aku ceritakan .. pada ibu 
Saat bahagia  aku peluk erat pasanganku. ..
Saat sedih  aku peluk erat ibu.
Saat sambut valentine  slalu beri hadiah  pada
pasangan.
Saat sambut hari ibu .. aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat pasanganku. ..
Selalu ibu  yg ingat aku. ..
Setiap saat aku akan call  pasanganku ..
Kalau ingat aku akan call  ibu 
Selalu aku belikan hadiah  untuk pasanganku. ..
Entah bile aku akan belikan hadiah  untuk ibu 
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar  dan berkerja 
bolehkah kau kirim wang  untuk ibu?
Ibu tdk mnta banyak... lima puluh .. sebulan pun
cukuplah".
Berderai air mata  jika kita mendengarnya .
Tapi kalau ibu sudah tiada 
 ibu aku RINDU,aKU RIIINDDUU,
SANGAT RINDU.
Berapa bnyk yang sanggup menyuapkan
ibunya makan 
berapa bnyk yang sanggup melap muntah
ibunya 
berapa bnyk yang sanggup mengganti lampin
ibunya 
berapa bnyk yang sanggup..... membersihkan
najis  ibunya
berapa bnyk yang sanggup....... membuang ulat 
dan membersihkan luka kudis ibunya
berapa bnyk yang sanggup berhenti kerja .. untuk
menjaga ibunya 
Dan akhir sekali berapa bnyk yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
renung2kanlah .
sayangilah ibumu selagi mereka masih ada ..='/

Tuesday 18 March 2014

dear diary =')

dear diary , mama pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan , lemah lembut ketika mengalunkan bicara , mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang . wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram . tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan , cemas dan gelisah , wajah mereka tetap mampu menenangkan hati . apatah lagi saat bermanja , sesiapa sahaja pasti senang hati . kata mama lagi , antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai . seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan . seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami , malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya . wanita adalah pendorong semangat . kata orang , di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar . lelaki lazimnya memerlukan seorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya . secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar WANITA . tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang penuh beronak liku . kata mama , kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar . segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup . oleh itu , menurut kata mama adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya . sekurang-kurangnya , kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu . kita akan lebih realistik . kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta . kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat . memang perkahwinan itu satu perjudian . antara baik dan buruk , manis dan pahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan . lebih-lebih lagi , insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita . tetapi siapa tahu rahmat yang Allah telah janjikan kepada setiap hamba-Nya . Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya yang pasrah dan redha pada takdir . mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya . malah tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasih yang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang . mungkin ketika melayari cinta , mereka tampak prihatin dan berbudi pekerti , mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelaki yang alpa dan ganas . tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya . by : nursyifa senQ wisma sentosa 18 march 2014 06:40 pm