Tuesday 18 March 2014

dear diary =')

dear diary , mama pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan , lemah lembut ketika mengalunkan bicara , mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang . wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram . tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan , cemas dan gelisah , wajah mereka tetap mampu menenangkan hati . apatah lagi saat bermanja , sesiapa sahaja pasti senang hati . kata mama lagi , antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai . seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan . seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami , malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya . wanita adalah pendorong semangat . kata orang , di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar . lelaki lazimnya memerlukan seorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya . secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar WANITA . tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang penuh beronak liku . kata mama , kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar . segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup . oleh itu , menurut kata mama adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya . sekurang-kurangnya , kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu . kita akan lebih realistik . kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta . kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat . memang perkahwinan itu satu perjudian . antara baik dan buruk , manis dan pahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan . lebih-lebih lagi , insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita . tetapi siapa tahu rahmat yang Allah telah janjikan kepada setiap hamba-Nya . Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya yang pasrah dan redha pada takdir . mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya . malah tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasih yang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang . mungkin ketika melayari cinta , mereka tampak prihatin dan berbudi pekerti , mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelaki yang alpa dan ganas . tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya . by : nursyifa senQ wisma sentosa 18 march 2014 06:40 pm